MASJID BANDAR TASIK PUTERI

salam ramadan

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan. Saya bagi pihak Jawatankuasa Masjid Bandar Tasik Puteri ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan mengucapkan selamat menyambut bulan al-Mubarak kepada seluruh kariah. Dengan penuh rendah diri, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir mengimarahkan masjid kita dengan solat fardu berjemaah, tarawih, serta tadarus al-Quran sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga kehadiran Ramadan kali ini melembutkan hati kita untuk terus istiqamah dalam beribadah dan mengeratkan ukhuwah sesama kita. Mari kita jadikan masjid rumah kedua kita demi meraih keberkatan-Nya. Selamat beribadah!

Tuan Haji Harun Bin Aziz, Timbalan Nazir 

PROGRAM IBADAH QURBAN
1447H | 2026

PERMINTAAN BACAAN
TAHLIL ARWAH

Permintaan bacaah tahlil arwah boleh di buat secara atas talian atau muat turun borang secara manual. Sila klik butang yang berkenaan.

INFAQ PA SISTEM MASJID

Hati kami luruh setiap kali azan yang dilaungkan berkumat-kamit tanpa suara yang jelas, malah sering kali terputus di tengah jalan akibat sistem siaraya masjid kita yang kini sudah terlalu uzur dan sering mengalami kerosakan. Bayangkan betapa sayunya suasana apabila ilmu daripada mimbar tidak lagi dapat menyapa telinga jemaah dengan sempurna, sedangkan suara inilah nadi yang menghidupkan jiwa kariah kita. Kami dengan rendah hati memohon ihsan dan kemurahan hati tuan-puan untuk membantu kami mengumpul dana sebanyak RM50,000 bagi menaik taraf sistem ini; semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya setiap kali kalimah Allah berkumandang dengan merdu di ruang suci ini.

INFAQ & SEDEKAH AM RAMADAN

Rasulullah S.A.W bersabda: “Sedekah tidak mengurangkan kekayaan, dan hamba yang memaafkan, Allah menambahkan hormat kepadanya; dan orang yang tawaduk, Allah meninggikan kedudukannya di mata manusia.” (Muslim)

Hulurkan sumbangan infaq anda demi mengimarahkan rumah Allah ini. Setiap sumbangan akan digunakan bagi kelangsungan operasi masjid, bayaran bil utiliti, penganjuran majlis ilmu, serta kebajikan imam dan kakitangan. Infaq kini lebih mudah secara atas talian melalui saluran yang disediakan di bawah. Semoga sedekah jariah anda menjadi saham akhirat yang berterusan. Syukran jazilan kepada semua penyumbang atas kemurahan hati dan sokongan yang diberikan.

IMBAS KOD QR

Imbas dan Infaq menggunakan applikasi perbankan anda.

PINDAHAN FPX

Klik di logo untuk teruskan infaq dan sumbangan anda.

PINDAHAN TERUS

Infaq dan sumbangan terus ke akaun MBTP.

PROGRAM/AKTIVITI
LAJNAH TERKINI

Terokai kepelbagaian aktiviti Masjid Bandar Tasik Puteri yang dirangka khusus oleh setiap lajnah untuk mengimarahkan komuniti. Daripada program ilmu dan kerohanian hingga ke aktiviti kebajikan serta pemerkasaan belia, kami menyediakan platform terbaik untuk anda berbakti dan mendekatkan diri kepada-Nya dalam suasana ukhuwah yang harmoni.

  • All
  • Buletin Semasa
  • Lajnah Dakwah & Pendidikan
  • Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
  • Lajnah Pemuda & Sukan
Dari Iftar Hingga Asuhan: Masjid Bandar Tasik Puteri Kini Sedia Raikan Tetamu Allah

18/02/2026

BANDAR TASIK PUTERI 18/2/2026 – Semangat kejiranan dan ukhuwah terpancar jelas di Masjid Bandar Tasik Puteri apabila barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid bersama sekumpulan jemaah muda berganding bahu mempersiapkan ruang iftar bagi menyambut kehadiran Ramadan. Meskipun dihujung petang menyaksikan hujan turun dengan agak lebat, usaha murni itu tidak terhenti, malah diteruskan dengan penuh dedikasi sejurus selasai solat tarawih pertama malam ini bagi memastikan keselesaan para jemaah pada keesokan...

MBTP Laksana Lawatan Susulan: Kebajikan Asnaf di Bandar Tasik Puteri Terus Diperkasakan

13/02/2026

Pada 13 Februari 2026 yang jatuh pada hari Jumaat yang hening, satu kunjungan kasih telah menyentuh sanubari di Bandar Tasik Puteri apabila Encik Azman bersama rakan-rakan dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MBTP melangkah kaki melakukan lawatan susulan terhadap Encik Abidi. Sayu mata memandang, luluh lagi hati melihat keadaan seorang asnaf yang kini menumpang teduh di sebuah rumah kedai yang disewa, sekadar ruang kecil untuk berteduh dari panas dan...